
Pelan yang direka khas untuk memenuhi keperluan kewangan anda
MaxxSaver II direka khas untuk melengkapi pelbagai keperluan kewangan anda. Ia dapat memberikan bayaran tahunan terjamin sepanjang tempoh perlindungan polisi ini serta bayaran tunai secara sekaligus apabilatibanya tempoh matang polisi. Dengan MaxxSaver II, anda hanya perlu membayar premium untuk jangka masa pendek bagi menikmati manfaat yang diberikan.
Manfaat Utama Sepintas Lalu:
- Pendapatan Tahunan terjamin dari ulangtahun pertama polisi sehingga kematangan
- Gandakan pendapatan tahunan terjamin anda setiap 5 tahun polisi
- Dividen untuk pengumpulan harta yang lebih baik
- Manfaat sekaligus pada kematangan
- Tempoh premium pendek 6 tahun sahaja
Fakta untuk dikongsikan bersama anda:
hanya 22%
rakyat Malaysia yakin dengan kemampuan merekauntuk menyara hidup selepas bersara * |
kira-kira 55%
rakyat Malaysia yakin untuk membekalkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka * |
* AXA Life Outlook Index 2009
manfaat untuk anda dan mereka yang tersayang
pendapatan tahunan terjamin
Anda akan menerima endowmen tunai terjamin berjumlah 3% daripada jumlah asas diinsuranskan pada setiap tahun bermula dari akhir tahun polisi yang pertama sehingga kematangan polisi anda, agar anda dapat merealisasikan idaman kewangan anda.
gandakan pendapatan tahunan terjamin anda setiap 5 tahun polisi
Selain, kami akan gandakan endowmen tunai terjamin anda ke 6% daripada jumlah asas diinsurankan pada setiap 5 tahun polisi sehingga polisi anda matang bagi merealisasikan impian anda lebih cepat lagi.
dividen untuk pengumpulan harta yang lebih baik
Di samping endowmen tunai terjamin, anda juga berpeluang untuk menikmati dividen tunai tahunan berdasarkan unjuran, di mana hanya akan diberikan mulai dari tahun polisi yang ke-2 sahaja.
Anda juga berpeluang untuk menikmati bayaran tunai secara sekaligus di dalam bentuk dividen terminal apabila polisi matang, atau diserah atau berlakunya kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.
manfaat sekaligus pada kematangan polisi
Anda akan menerima manfaat secara sekaligus apabila polisi matang, ia termasuklah jumlah asas yang diinsurankan, dividen terminal jika ada, endowmen tunai terkumpulserta dividen tunai.
tempoh perlindungan yang fleksibel
MaxxSaver II memberikan tempoh perlindungan yang pelbagai jenis. Anda dapat memilih diantara tempoh perlindungan 15, 20, 25 atau 30 tahun, mana-mana sahaja yang dapat memenuhi keperluan anda.
Dapatkan perlindungan sepenuh pada Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) sepanjang tempoh perlindungan. Sekiranya kemalangan berlaku yang telah mengakibatkan kematian sebelum kematangan serta hilang upaya menyeluruh dan kekal, anda atau mereka yang tersayang akan menerima manfaat sekaligus yang terdiri daripada jumlah asas yang diinsuranskan atau jumlah premium yang terbayar untuk pelan asas sahaja, yang mana lebih tinggi jumlahnya, serta sebarang endowmen tunai terkumpul, dividen tunai dan dividen terminal, jika ada. Pengurusan kewangan bagi mereka yang tersayang pasti akan diutamakan.
tempoh bayaran premium yang pendek
Kami faham bahawa setiap individu mempunyai keperluan kewangan serta komitmen yang berlainan. Dengan MaxxSaver II, anda hanya perlu membayar premium selama 6 tahun sahaja untuk menikmati manfaat sehingga 30 tahun lamanya. Anda jugu dapat memaksimumkan pulangan anda. Tempoh bayaran premium adalah dijamin tidak akan diubah sepanjang tempoh polisi anda.
tingkatkan perlindungan anda dengan insuran tambahan
Gabungkan polisi anda dengan insurans tambahan Faedah Pembayar atau Pengecualian Premium bagi meningkatkan perlindungan anda. Meskipun perlu membayar premium tambahan, perlindungan tambahan ini akan menambahkan ketenangan minda anda, kerana anda yakin bahawa sekiranya berlaku sebarang kemalangan, premium masa depan akan dikecualikan, Premium untuk insurans tambahan adalah tidak terjamin dan mungkin berubah pada waktu pembaharuan.
Faedah Pembayar |
Mengecualikan premium masa depan bagi polisi anak anda sekiranya ibu atau bapa didiagnos dengan penyakit kritikal, mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) sebelum umur 60 tahun atau meninggal dunia.
| Pakej Cadangan |
Pengecualian Premium | Mengecualikan premium masa depan MaxxSaver II jika didiagnos dengan penyakit kritikal. |
untuk anak anda
|
untuk anda
|
Untuk keterangan lanjut, hubungi kami di 1 300 88 1616
nota penting
AXA AFFIN Life Insurans Berhad percaya bahawa adalah penting untuk anda menyedari dan memahami kesemua manfaat dan caj di bawah polisi anda.
- Pelan insurans ini diunderait oleh AXA AFFIN Life Insurance Berhad (723739-W), syarikat berlesen di bawah Akta Insurans 1996 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
- MaxxSaver II adalah pelan endowmen yang menggabungkan perlindungan dan simpanan di mana premium hanya perlu dibayar selama 6 tahun sahaja. Manfaat-manfaat akan dibayar apabila polisi matang, kematian hayat diinsuranskan atau berlakunya hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa tempoh polisi, yang mana lebih awal.
- MaxxSaver II mungkin menyertai dalam agihan lebihan dividen tunai tahunan dan dividen terminal sekaligus.
- Anda harus memastikan bahawa pelan ini memenuhi keperluan anda dan mampu membayar premiumnya.
- Polisi ini tidak mempunyai nilai tunai minimun terjamin apabila diserahkan sehinggalah ia berkuatkuasa untuk 3 tahun atau lebih.
- Membeli polisi hayat adalah komitmen jangka panjang dan anda tidak digalakkan memegang polisi untuk tempoh yang singkat. Jika anda menyerahkan polisi ini sebelum ia matang, anda mungkin memperolehi jumlah yang lebih kurang daripada jumlah yang telah dibayar.
- Dividen tunai tahunan dan dividen terminal tidak dijamin dan mungkin diubah, dari masa ke semasa, oleh Syarikat mengikut prestasi operasi dan pelaburan Syarikat.
- Anda diberi tempoh penangguhan 31 hari selepas tarikh bayaran premium untuk membayar premium anda. Jika anda gagal membayar selepas tempoh penangguhan ini, nilai akaun anda (jika ada) akan digunakan untuk membayar premium masa depan bagi pelan MaxxSaver II melalui Pinjaman Premium Automatik. Jika nilai akaun tidak mencukupi untuk membayar premium tunggakan atau keberhutangan, polisi anda akan luput.
- Anda digalakkan meminta dan mengkaji ilustrasi jualan yang berkaitan dengan polisi anda, memberi perhatian teliti kepada manfaat tidak dijamin.
- Jika anda tidak berpuas hati dengan polisi ini, anda boleh mengembalikan polisi dan meminta pembatalan polisi dalam tempoh 15 hari dari tarikh polisi dihantarkan kepada anda. Kami akan memulangkan premium yang telah dibayar tolak sebarang perbelanjaan perubatan yang tertanggung.
- Pelan asas tidak melindungi:
a. Bunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari tarikh polisi atau sebarang tarikh pengembalian semula, yang mana lebih lewat.
b. Hilang Upaya menyeluruh dan kekal akibat kecederaan yang dilakukan sendiri dengan sengaja; sebarang tindakan akibat peperangan yang diumumkan atau tidak; atau berkhidmat sebagai tentera, tentera laut tentera udara mewakili mana-mana negara yang sedang berperang, yang diumumkan atau tidak. - Risalah ini hanya mengandungi maklumat am mengenai produk ini dan tidak mewakili satu polisi dalam mana-mana cara sekalipun. Untuk penerangan terperinci terma dan syarat serta pengecualian produk ini, sila rujuk kepada polisi rasmi yang dikeluarkan oleh AXA AFFIN Life Insurance Berhad.
No comments:
Post a Comment